

STRESS MANAGEMENT (TANGANI STRES)

Sebagai pelajar, terlalu banyak cabaran dan masalah datang dari pelbagai arah dan sudut; kawan-kawan, keluarga, guru, pensyarah dan pastinya masalah akademik.
Masalah dan cabaran ini jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan stress atau tekanan. Ayuh! Pelajari teknik mengawal stress dengan baik dan berkesan.
Formula yang dipanggil "SELESAI" digunakan untuk membantu dan membimbing pelajar menyelesaikan masalah mereka secara sistematik.
Apabila pelajar mengalami masalah, mereka harus terlebih dahulu mempunyai kesedaran bahawa diri mereka mempunyai masalah.
Sebelum membuat keputusan, adalah bijak bahawa pelajar itu menenangkan fikirannya dan kemudian menyenaraikan semua masalah.
Dengan memindahkan masalah ke atas kertas, semua tekanan yang diisi secara simbolik boleh disalurkan.
Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah khususnya ketika seseorang mengalami masalah sosial atau akademik adalah sukar.
Oleh itu, modul ini menekankan kepentingan mencari bantuan atau berbincang dengan orang lain.
Setelah menyenaraikan masalah satu demi satu mengikut keterukan dan kepentingan, pelajar diajar untuk berfikir untuk penyelesaian masalah dengan menganalisis implikasi positif dan negatif untuk setiap penyelesaian.
FORMULA SELESAI
Sedar bahawa “Saya mempunyai masalah”
Elakkan stres dan lapangkan fikiran
List atau senaraikan masalah yang ada
Elok kiranya ada yang membantu
Susun supaya perkara penting didahulukan
Analisa baik buruk langkah yang diambil
Inilah keputusan yang bijak dan tepat

Dapatkan eBook Ayuh Ceria! SELESAI Masalah secara percuma dengan menghubungi kaunselor anda!

Saya patut mendapat bantuan dari kawan saya. Mungkin mereka dapat membantu. Atau lebih baik jika saya berjumpa kaunselor. Beliau lebih professional!
Saya perlu ambil langkah yang penting dahulu. Kemudian, saya akan selesaikan masalah saya yang lain satu per satu.
