top of page

Kaunseling Meningkatkan Keberdayaan Minda Pelajar

Servis oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling & Unit Psikiatri dan Psikologi , Jabatan Psikiatri 

Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA

Smart Minda.png

SMART Minda adalah kaunseling inovatif untuk membantu pelajar menguruskan krisis dan masalah mereka. SMART adalah formula singkatan bagi cara pelajar mengawal stress (S = Stress Management). Kaunseling ini menekankan tentang pengurusan stres melalui penyelesaian masalah yang berkesan dan kemahiran mengatasi cabaran. Kaunseling ini juga fokus untuk meningkatkan motivasi (M = Motivation) dan ketegasan diri para pelajar (A= Asertiveness skills).

 

Di samping itu, SMART Minda mengajar para pelajar agar menggunakan teknik berkesan untuk merehatkan diri setelah penat belajar. Teknik relaksasi ini juga sesuai untuk meredakan emosi yang terganggu akibat pelbagai masalah. Bagi memastikan kehidupan para pelajar teratur dengan baik, kaunseling ini membantu mereka dengan teknik khas pengurusan masa (T=Time management)

Formula SMART Minda

Stress Management (Tangani Stres)

 

Motivation (Motivasi)

 

Assertiveness Skills (Ketegasan Diri )

 

Relax & reflection (Rehat & Muhasabah Diri)

 

Time Management (Urus Masa)

Quote 1.png
Smart Minda.jpg

Dapatkan eBook SMART Minda secara percuma dengan menghubungi kaunselor anda!

PENAFIAN: 

Laman sesawang ini hanyalah untuk memberi informasi tentang kaunseling SMART Minda. Ia tidak mengambil alih tugas kaunselor atau terapis anda. Jika anda mengalami sebarang tekanan yang serius, sila berhubung dengan pihak Fakulti anda atau segera ke klinik berdekatan untuk mendapat khidmat kaunseling dengan segera. 

​

Talian Telefon:

Sg Buloh Campus : +603-6126 5000 / 7000 Selayang Campus : +603-6126 4900 / 4600

Laman Sesawang UITM Perubatan : https://medicine.uitm.edu.my

Hubungi Kaunselor Anda

Terima kasih

bottom of page